Thursday, January 1, 2009

First thing first...

Assalamualaikum w.b.t.

Dalam post kali ni, saya hendak menekankan beberapa perkara yang penting dalam construction site..

Pengangkutan adalah salah satu perkara yang terpenting dalam sesebuah negara dimana, jika sistem pengangkutan kita lemah maka ekonomi negara tersebut juga tidak akan dapat berkembang dengan baik. Rakyat juga akan turut terkena kesan akibat daripada kelemahan sistem pengangkutan tersebut.

Dalam sektor pembinaan, access adalah perkara yang amat penting bagi memastikan segala pergerakkan dalam site adalah lancar dan teratur tanpa menggangu pembinaan yang sedang dijalankan. Oleh itu, perkara pertama sebelum memulakan sesuatu pembinaan adalah dengan merancang main access for the construction site.

Access yang baik adalah dengan merancang supaya ia mempunyai dua haluan dan juga boleh bergerak ke seluruh kawasan pembinaan tanpa gangguan. Ini adalah kerana, ia dapat memudahkan penghantaran bahan (material) seperti besi rebar atau concrete ke tempat yang diperlukan. Jika tidak dirancang dengan baik, kos memindahkan barang (seperti minyak dan pekerja) akan bertambah. Bukan masalah kos sahaja, malah masa yang amat berharga juga akan dibazirkan begitu sahaja kerana kita akan membuat kerja 2 kali (pertama: pindah ditempat masuk dan; kedua: pindah ke tempat yang memerlukan bahan tersebut).

Jika ditapak tersebut mempunyai perancangan access yang baik tetapi tidak bermakna jika kita tidak maintain laluan tersebut. Pernah terjadi di tapak pembinaan saya dimana setiap kali concrete truck hendak keluar dari tapak, hendaklah di bantu oleh sebuah excavator kerana access tersebut berkeadaan teruk. Tiada satu lori pon yang dapat melalui lalun tersebut dengan jayanya tanpa bantuan excavator tersebut.

Walaupun saya kurang pengalaman untuk maintain laluan utama ini namun pada pendapat dan pemerhatian di tapak, saya rasa cara terbaik untuk memastikan laluan tersebut sentiasa baik adalah dengan memastikan laluan tersebut bebas dari air yang bertakung. Ini adalah faktor utama mengapa laluan tersebut (di tapak pembinaan saya) sentiasa rosak. Jika masalah takungan air dapat diselesaikan, maka memang tiada masalah bagi lori-lori tersebut untuk melalui laluan tersebut (tanpa bantuan excavator) walaupun pada hari selepas hujan.

Laluan ini juga perlu dimampatkan selalu supaya tanah yang lembik dapat dipadatkan dan mengurangkan kesan tayar tenggelam dan laluan licin daripada berlaku.

Setakat ini sahaja untuk post kali ni... saye nak gi makan..

Selamat tahun baru! Kepada para engineer islam jangan makan rasuah atau melibatkan diri dengan RASUAH! ALLAH maha Melihat...

Wassalam...